Wednesday, April 25, 2012

Perasaan Menjadi Lilin

Assalamualaikum 
Perasaan Menjadi lilin yang membakar diri menerangi orang lain. Tak lain tak bukan, memikul tanggungjawab menjadi seorang GURU. Perasaan ini sudah dirasai selama sebulan semasa praktikum fasa - 1. terasa diri ini pernah mengikhlaskan diri untuk mengajar. Ingat lagi pesan guru  pembimbing " Mengajar itu perlu ikhlas, ikhlaskan diri kamu". Memang melekat dalam kepala otak ni dan harap tak berkarat. 
Pengalaman yang diperoleh daripada praktikum fasa - 1 itu sangat awesome ! sebenarnya ! :D senyum kambing. tak perli, ini betul- betul. Tiap - tiap hari perlu menulis Rancangan Pengajaran Harian , memikirkan apa yang perlu diajar setiap hari. haaa baru teringat kepada cikgu dulu- dulu masa kat sekolah dulu marah betul , kalau kita ni bodoh tau. sebab setiap hari dia memikirkan apa yang patut diajar sebab utama nak bagi kita ni pandai, yang pergi tuisyen tu sebab kau tak beri perhatian dalam kelas okayyyy. lepas tu , menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang menarik sebab utamanya, nak menarik minat murid tu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tu. itu sebab laaaaaa, cikgu ni susah payah nak kena cipta pulak benda yang fancy- fancy pulak ! lain la guru yang banyak pengalaman kat sekolah tu, tak payah la nak bandingkan dengan saya yang baru nak belajar macam mana nak jadi CEGUUUU... 
seriously, memamg seronok baqqq Hangggg! sebab first time saya ni praktikum dah terkena sekolah SEMUA nyaa murid- murid LELAKI ! hardcore ! memang tak dinafikan. mereka sangat hyper, aktif nak mati ! kalau nak suruh membaca tu, semua berebut - rebut nak baca. comel kan, hehee. kalau nak suruh jawab soalan tu, semua berebut- rebut nak jawab siap ada yang merajuk - rajuk pulak, tapi serious mmg comel. tapi tu laaaaa, diorang ni nakal. sekolah yang saya maksudkan ni, sekolah SK.ST.MICHAEL SATU, IPOH. pengalaman mengajar di kelas 4 BESTARI  tak kan terkubur lah dalam kamus hidup ni. sebab sebulan mengajar kelas ni pun dah meninggalkan kesan yang sangat mendalam. sampai ke kalbu, bercinta pun tak macam ni lah ! huhu, ye ye jeeeee lah. 
kejap lagi kita tengokkk gambar budak- budak nakal niii. satu kelas ada 35 orang, bila masuk je kelas sebenarnya macam emak yang jaga 35 orang anak. tapi fokus utamanya, nak bagi faham apa yang kita ajar tuuuuu bukannya senang !.. itu lah dugaannya... tapi tak pe.. sahut saja cabaran itu, sebenarnya nak tak nak kena lah kan! haha!  :D gelak besar pulak tiba- tiba. ntah sudah merepek dah ni. okayyy , berbalik kepada cerita budak kelas.  kanak - kanak ni suka lah cikguuu - cikguuu praktikum ni .... nak tau sebab apa... ? 
sebab dapat biskutttt... air kotakkkk. kata mereka lah ! hahaaaaa... :) 
tapi ini semua pengalaman yang tak dapat kita beli kat mana mana lahhhh... 
semasa mengajar tu ,minggu pertama tu memang kena jadi singa betina. suara pun tiba- tiba boleh mengAummm dengan kuat nya, haaa takot diorang , lepas tu... baru lah kita boleh pelan2 jadikan murid- murid macam kawan jeee. kalau garanggg jee, saya pun sendiri tak suka cikgu yang garang2 ni. membosankan kannnn...  
Selepas ini ... ada lagi 2 kali untuk saya berPRAKTIKUM... HARAP NYA semua nya akan berjalan dengan lancar. Doakannn..

Sebagai selingan , cuci mata .. tengokkk lah gambar dengan kanak - kanak riang kelas 4 Bestari bersama ceguuu sementara diorang selama sebulan ni, heheeee. 






To be continued...